super awesome
sweet owner


hello peeps ! welcome to super awesome :D


Bigfoots!



Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Cik Qistina
Others:   


Kem Ihya' Ramadhan

urm , hye . hari ni nak cerita pasal Qis pergi Kem Ihya' Ramadhan hari tu .
aku pergi dengan budak2 baik . so , maknanya aku pun baik jugak lah kan .
tapi , aku Paling Baik lahh . hahar :> *gurau gurau . urm , kitorang pergi hari isnin pagi
ustaz kata pukul 7 . kitorang punya lah kelam kabut sampai tak sempat nak call Family sebelum pergi .
masing-masing bangun lambat , gara-gara jadik guard sukarela malam tuu .
ingatkan tak nak tidur . tapi , kena tidur jugak .
sebab mata memang mengantuk gilaa --" 
lepas tuu , dengan barang tak siap kemasnya kann . memang haruk gilaa pagi tuu .
yang untungnya Syaza lahh , tak kena tulis nama pun sebab dy duty asrama .
tak pasal-pasal aku dengan Shireen kena tulis nama pulak kann .
alahai , apa lah kak Farhana ni --"
takpe lahh , salah sendiri kan . siapa suruh tak kemas barang awal-awal .
kan dah kena . takpe , Pengalaman kan Shireen :)
kitorang tak pergi perhimpunan pun pagi tuu . sebab ustaz kata nak pergi pukul 7 kan .
kitorang punya lah melepak kat surau putera tuu sebab tunggu ustaz . dah macam2 benda kitorang buat . 
sempat lah jugak aku nak merajok dengan Syaza :) biasa lah tuu kan . gurau2 manja gituu ^^
sempat habiskan satu surah . tapi , ustaz dengan pakcik Sanip still belum sampai . aigoo --"
tak lama lepas tuu , baru ustaz datang . kitorang tunggu pakcik Sanip pulak .
perghh ! lama gila . ustaz sempat pulak tu tidur dekat bilik 'yerkond' tuu .
ehh , masih tak sampai lagi . dah nak dekat pukul 9 beru dy sampai .
aigoo --'' kalau pergi perhimpunan tadi mesti sempat . takpe lah , tak kisah pun .
dah nak dekat pukul 9.15 tu baru kitorang gerak . 
sampai sana area pukul 11.30 . perghh ! tengok tengok , dah ramai yang sampai rupanya .
yang pasti kat sana memang best gilaa lah ! yang paling tak tahan , tiap2 habis aktiviti , mesti cakap nak balik .
ahaa XD entahlah , kenapa entah rasa asyik nak balik . start hari ke-2 , dah mula batuk2
and selesema . kfinee , lagi lah aku rasa nak balik kan . siapa tohh tahan 
sakit2 duduk kat dalam khemah . sejuk doe ! takpe , nama nya pun kem pun .
redha je lah . start hari ke-3 , suara serak macam jantan ! gilaa . tak sanggup aku nak 
menempuh hari-hari yang berikutnya . hari ke-3 tuu ada penyembelihan . kitorang sembelih burung puyuh .
kau ada ? ahaa XD aku partner dengan Fatimah . dy pegang , aku sembelih . perghh ! 
time nak sembelih tuu , memang cuak gilaa lah kan . sampai aku cakap 'uhh , mama tolong'
ahaa XD cikgu lelaki tu tanya , sekolah mana ni ?
aku dengan takde suaranya cakap , SMKA Segamat . disebabkan suara aku ni
macam ikan kat dalam air , kejap tenggelam kejap dengar . dy dengar aku cakap segamat je .
aigoo --" aku tengah sakit tekak , dy boleh banyak soal pulak .
lepas tu dy cakap , ohh segamat . kat mana ? dengan senyuman yang melebar sampai ke telinga tuu ,
aku ulang balik , SMKA Segamat . lepas tuu , dy cakap . 'ehh , bukan selalunya dah buat ke lepas PMR?'
lepas tu , dengan segan silunya , aku cakap 'memang lah , tapi saya balik dulu .'
lepas tuu , aku sembelih tak sampau bawah tekak burung tuu . then , dy pegang tangan aku , dy guide aku nak sembelih burung tuu . aku tak kisah pun dy pegang tangan aku , sebab tujuan dy nak mengajar
right ? lagi pn , dy tak sengaja . habis je sembelih tuu , fuhh ! lega gilaa . 
tak sabar nak makan . time makan burung puyuh tuu , teringat dekat ayah .
sebab ayah suka gilaa kot makan burung puyuh goreng .
tapi , aku dapat bahagian kepak , ahh keciknya >,<''
takpe lah , bersyukur ^^ dah sampai hari ke-4 , memang aku melonjak keriangan lah kan sebab nak balik .
tapi macam sedih pulak bila nak berpisah dengan budak2 tuu . 
lagi2 budak khemah kan . Wiyah , Insyirah dengan Azti . masing-masing lain sekolah .
memang macam nak runtuh khemah tu kalau kitorang ketawa .
lagi-lagi suara aku yang macam pondan tak jadi :>
otw balik tuu , kitorang ajak ustaz singgah angsana .
ahaha :D ustaz singgah wokk ! suka gilaa ! aku beli Dunkin Donuts . uhh , sedapnya ! 
semua aku beli berunsurkan coklat , just satu je tak .
memang malam tadi aku melantak habis lah makan donut tuu .
sampai tak cukup ruang dah .
last-last , Syaza yang pergi offer dekat budak2 ni . 
tu je kot nak cerita . sebab kalau nak teruskan , memang 50 cm aku punya entry ni nanti :)
sorry sebab singkat gila aku cerita . ikut conclusion je . kalau diikutkan , setiap hari , satu entry . sebab
banyak gila benda nak cerita . okayy lahh .
salah dan silap , ampun dipinta . biasa lah , manusia kan ^^

Syaza ! Shireen ! Inna sobaruddin fi yaumul isnin :D