sweet owner ![]() hello peeps ! welcome to super awesome :D Bigfoots! Credits!
| Muhasabah Diri :)
hello keekers. haha :D sekarang tengah ade fever pasal benda tu kan?
gwiyomi lah, keekers lah. entah ape2 lagi entah.
malas nak ikut sangat. makin lame makin pelik dah dunia sekarang.
tadi baru je lepas stalk tweet budak-budak ni.
means, kawan-kawan aku yang dekat SMKAS tu.
aku sayangggg sangat kat diorang tu. tapi, kenapa diorang degil sangat ek nak dengar cakap orang?
ustaz ustazah pesan 'JANGAN COUPLE', tapi still lagi nak couple.
first, memang lah tak boleh couple tu peraturan sayang oi,
benda tu jadik peraturan sebab ada sebab.
sebabnye, dalam Islam sendiri ada menegaskan yang couple tu HARAM!
tapi kenapa masih nak buat benda yang diharamkan tu?
bila orang tanye, 'kau couple dengan dia ke?'
'ehh, mane ada lah. kitorang kawan je'
kenapa tak jujur je? sebab takut kena demerit dengan ustaz ke?
nampak tak? korang bukan takut dengan peraturan Allah tapi korang takut dengan peraturan sekolah kan?
Islam angkat martabat wanita setinggi-tingginya.
tapi pernah tak korang hargai? korang lepaskan je diri korang dekat ajnabi yang belum tentu jadik suami korang nanti. bersayang-sayang dengan diorang. call diorang tiap-tiap malam.
untuk ape semua tu? dapat pahala ke?
rasenye, lagi menambahkan dosa ade lah.
Astaghfirullahalazim.
okay fine lah, korang cakap 'alaa, rileks lah. kitorang tak pegang-pegang tangan pun. tak zina kan?'
memang lah tak pegang-pegang. adikku sayang, zina ada banyak cabang.
yang korang dengar suara diorang tu namenye zina telinga.
yang korang rindu diorang sangat-sangat tu namenye zina hati.
yang korang main pegang-pegang tangan tu namenye zina tangan.
hatta, kat asrama pun masih contact diorang lagi.
kalau yang couple luar tu, siap call tiap-tiap malam gune public.
ehh dik oi, ingat sekolah sediakan public tu untuk BERZINA ke?
kalau public takde satu pun yang elok, meracau macam orang nak mati esok je.
tapi, kalau suruh call mak, ade je alasan. 'alaa, mak aku tu suke carik pasal lah. asyik nak marah je'
tapi, korang pernah tak fikir kenapa mak korang marah-marah.
'alaa, sebab mak aku bukannye sayang aku pun. die lagi sayang adik-adik aku. die tak sayang aku sebab aku tak cantik macam adik-adik aku'
ehh sayang oi, seorang ibu tak pernah berbelah bahagi kasih sayang yang die curahkan dekat anak-anak die. sebab bukannye senang nak melahirkan seorang anak. bukan setakat nak melahirkan je,
sebelum tu nak kena kandung 9 bulan 10 hari. berat pulak tu.
sampai bengkak-bengkak kaki mak kita. diorang marah-marah kita sebab diorang sayang.
bukan sebab BENCI. nanti kat akhirat, diorang kena soal.
'kenapa anak kau jadik macam ni? kau tak pernah didik die ke?'
kalau mak ayah kita kena seksa nanti, korang sanggup tolong?
Na'uzubillahi min zalik.
yang couple dalam, sekarang dah trend pakai buku kan?
sebab kalau pakai surat takut kantoi. ingat pakai buku tak kantoi?
ingat pengawas-pengawas ni tak dapat detect ke buku yang korang 'berkarya' dalam tu tiap-tiap hari sebenarnye 'BUKU CINTA'?
sedarlah sahabat-sahabat yang aku sayang sangat ni.
aku tahu, korang nak sangat masuk syurga. tapi, korang pernah tak berusaha nak masuk syurga?
bukan aku cakap korang ni berusaha nak masuk neraka, tapi korang dalam perjalanan
untuk menjauhi syurga Allah. Astaghfirullah.
bukannye aku nak cakap yang aku ni perfect, tapi aku sedang berusaha untuk menjadi manusia
yang lebih baik. sebab, bukan senang nak masuk syurga Allah.
aku doakan, kita same-same dapat masuk syurga Allah nanti.
In shaa Allah. amiin.
andai terkasar bahasa, ana aasif jiddan. manusia tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan :)
kepada semua sahabat-sahabat, tak kire lah tua ke muda, muhasabah lah diri sendiri untuk menjadi manusia yang lebih baik ye? uhibbukum fillah ilal Jannah :') |